Tips Ringkas Untuk Berjimat Apabila Membeli Komputer Riba Baru

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer riba merupakan peranti yang perlu dinaik tarafkan jika anda inginkan prestasi penggunaan yang memuaskan. Ini benar terutamanya pada peranti yang sudah digunakan dalam tempoh 3 hingga 4 tahun. Ini kerana pada kebiasaannya anda akan mula merasakan prestasinya menjadi perlahan, kurang cekap dan butang atau skrin yang sudah mula menjadi rosak. Jika laptop anda mengalami masalah sebegini, telah tiba masanya untuk anda membeli komputer riba yang baharu. Disini kami akan sertakan beberapa tips di mana anda boleh memilih komputer riba baru tetapi dalam masa yang sama dapat menjimatkan ratusan ringgit dan dapatkannya semula ke dalam akaun perbankan anda.

Pilih Ikut Keperluan, Bukan Kemahuan

Di antara perkara yang sering kita remehkan adalah membezakan diantara apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahukan. Anda perlu lakukan banyak tinjauan berkenaan promosi dan juga kajian untuk membezakan spesifikasi-spesikasi laptop yang anda perlukan sebelum membelinya. Anda juga perlu tetapkan bajet yang mengikut kemampuan anda untuk memudahkan proses perbandingan.

Jika anda seorang pelajar dan inginkan sebuah komputer riba untuk menyiapkan tugasan asas ataupun perbentangan biasa, laptop yang dikuasakan oleh pemprosesan seperti AMD Ryzen 3 ataupun Intel Core i3 sudah cukup memadai. Bagi saiz memori dan storan, RAM 8GB adalah saiz yang sentiasa disyorkan untuk kelancaran penggunaan kerana pada zaman ini, laptop yang ditawarkan dengan 4GB RAM memang sudah kurang relevan untuk produktiviti harian.

Manakala jika anda seorang pekerja yang memerlukan sebuah komputer riba dengan kemampuan yang lebih berkuasa, anda boleh memilih laptop yang dijana dengan pemprosesan AMD Ryzen 5/7 atau Intel Core i5/i7. 8GB RAM mungkin sudah mencukupi tetapi jika anda selalu membuka banyak tab pelayar dalam satu masa atau sentiasa menggunakan Microsoft Excel yang dilengkapi dengan ribuan set data, anda disyorkan untuk memilih kapasiti RAM yang lebih besar seperti 16GB untuk penggunaan yang lebih baik. Jika anda sentiasa keluar untuk bermesyuarat dan mengendalikan tugasan seharian, tidak semestinya anda perlu memiliki komputer riba sekitar 1kg kerana kebiasaannya laptop dengan berat sebegini agak mahal. Sekitar 1.7kg yang sedang-sedang ringannya adalah lebih sesuai dan tidaklah terlalu berat untuk perjalanan seharian. Anda juga perlu mempertimbangkan kapasiti bateri yang paling besar yang anda mampu jika anda selalu bergerak ke pelbagai lokasi yang mungkin sukar untuk anda membuat pengecasan laptop.

Jika anda seorang gamer pula, boleh pertimbangkan laptop dengan sistem operasi Intel Core i7/i9 atau juga AMD Ryzen 7/9 dengan saiz memori 16GB RAM sehingga 32GB RAM. Jika anda lebih gemar bermain permainan e-sukan seperti CS:GO atau Valorant, kad grafik RTX3050 sudah mencukupi. Bagi anda pemain tegar yang ingin main permainan video AAA seperti Red Dead Redemption 2, boleh pilih laptop yang ditawarkan dengan kad grafik RTX3060 atau RTX3070. Bercakap tentang skrin, anda boleh memilih model dengan paparan berkadar segar semula 144hz, 165Hz ataupun 240Hz bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda.

*Penafian: Pada asasnya, pemilihan sesuatu komputer riba adalah bergantung kepada kemampuan diri masing-masing dan ini cuma satu panduan ringkas. Anda perlulah sentiasa melakukan penyelidikan untuk yang terbaik bergantung kepada keperluan penggunaan, kesesuaian dan juga kemampuan bajet.

Beli Komputer Riba Ketika Promosi Dijalankan

Hampir setiap tahun, syarikat pemprosesan terbesar Intel dan AMD akan mengeluarkan cip pemproses generasi terbaru mereka. Manakala AMD dan NVIDIA pula akan mengeluarkan kad grafik generasi terbaru mereka. Walaupun kebiasannya sesebuah laptop itu hanya menaik tarafkan pemprosesan generasi terkini sahaja, seperti daripada Intel Generasi ke-11 kepada Intel Generasi ke-12, anda mungkin tidak akan merasakan terlalu banyak perbezaan prestasinya jika anda seorang pengguna biasa.

Ini bermaksud, jika pemprosesan generasi terbaru akan dilancarkan tidak lama lagi, besar kemungkinan laptop dengan pemprosesan generasi sebelumnya akan dijual dengan harga promosi. Tapi jika anda ingin membeli peranti yang terbaru di pasaran, masih ada cara lain untuk mendapatkan “diskaun”.

Alternatif Lain Untuk Dapatkan Barangan Pada Harga Promosi

Pembelian komputer riba yang baru mungkin memerlukan kos yang tinggi, yang mana kadang-kala melebihi kemampuan bajet kita. Tetapi jangan risau, ada alternatif lain yang anda boleh gunakan selain menunggu komputer riba idaman anda ditawarkan pada harga promosi.

Alternatif tersebut adalah dengan menggunakan aplikasi yang menawarkan pulangan tunai seperti Shopback. Ia adalah satu cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan pulangan tunai walaupun barangan yang anda mahukan itu tidak ditawarkan pada harga promosi. Menariknya bagi sesiapa yang ingin membeli barangan daripada jenama DELL, Lenovo atau Apple sebelum 31 Mac 2022 ini menggunakan aplikasi Shopback, anda berpeluang untuk mendapatkan RM100 pulangan tunai tambahan. Pulangan ini adalah tambahan pada peratusan pulangan tunai yang anda bakal terima.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan pulangan tunai sehingga 70% dan juga bonus tambahan sehingga RM65 apabila anda membeli antivirus Norton by Symantec atau Kaspersky Labs, melalui Norton by Symantec Brand Challenge ini. Cari sahaja tab yang tertulis “Earn More” di ruangan pertandingan Norton di Shopback, dan anda boleh menikmati pembelian seolah-olah ia percuma, kerana anda berpeluang menerima sehingga 100% pulangan tunai.

Bagi VPN pula, anda mampu mendapatkan pulangan tunai sehingga 70%. Jadi, anda tidak perlu lagi membeli yang tiruan kerana yang versi asli juga sudah mampu milik.

Apa lagi? Jika anda ingin naik tarafkan barangan teknologi anda, ini adalah masa yang terbaik. Teruskan ke pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Penafian : Advertorial daripada Shopback

komen


© Amanz / 2022 Kami