Carian
Android 13 Akan Hadir Dengan Ciri Memperlahankan Kelajuan Internet Peranti
March 25, 2022 Fahim Zahar

Setiap aplikasi yang anda pasang dalam peranti, sebelum ia dibangunkan pembangun harus uji dan memastikan walau apa jua keadaan pada peranti – aplikasi boleh berjalan seperti biasa. Sekurang-kurangnya, inilah yang berlaku untuk aplikasi yang hebat dan popular. Ini termasuk sambungan Internet, seperti jika terputus, perlahan dan sebagainya apa yang akan berlaku.

Untuk penstriman, codec AV1 diimplementasikan agar pengguna dengan Internet perlahan pengguna masih boleh menstrim pada kualiti tinggi. Kelak untuk peranti dengan Android 13, Google akan menyertakan ciri memperlahankan kelajuan Internet untuk sesuatu aplikasi berfungsi. Tetapi kenapa?

Anda jangan risau, kerana ini adalah ciri khusus untuk pembangun. Kerana sehingga hari ini, tiada ciri seperti ini hadir untuk para pembangun. Dengan ciri ini disertakan, pembangun boleh pastikan aplikasi mereka berjalan dengan lancar pada Android 13 tanpa kira apa situasi Internet. Mereka boleh tetapkan had laju WiFi atau data mudah alih untuk aplikasi mereka boleh digunakan oleh semua.

Komen