Cari @ Amanz

Apple telah pun mula menawarkan iPhone 13 dan iPhone 13 Pro berwarna hijau di Malaysia, selain pada masa yang sama turut telah mula menjual iPhone SE 2022 yang hadir dengan sokongan 5G. Pada minggu lepas, pra-tempahan untuknya telah dimulakan, dan kini Apple telah mula menjualnya secara rasmi.

iPhone 13 dan iPhone 13 Pro hadir dalam warna hijau, sekaligus menjadikan ia kini sebagai warna eksklusif menggantikan warna biru sebelum ini. Penawaran lain adalah sama dari segi spesifikasi dan kamera.

iPhone SE pula merupakan kemaskini kepada iPhone SE sebelum ini, menggunakan rekaan sama, hadir dengan cip pemprosesan Apple A15 seperti pada iPhone 13, disamping turut hadir dengan sokongan 5G, dan mengekalkan penggunaan Touch ID.

iPhone SE ini ditawarkan pada harga bermula RM2099 di Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di laman rasmi Apple, atau pengedar rasmi Apple di seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd