Cari @ Amanz

Definisi komputer riba yang baik itu adalah berbeza mengikut keperluan kegunaan kerja anda. Jika anda gunakannya untuk bermain permainan video, sudah tentu laptop yang memfokuskan produktiviti harian biasa akan menjadi kurang relevan dengan anda. Oleh sebab itulah pengeluar-pengeluar peranti pintar ini melancarkan komputer riba mengikut kategori penggunaan orang ramai.

MSI juga baru-baru ini melancarkan beberapa siri komputer riba produktiviti yang direka khusus bagi kegunaan ahli perniagaan. Antara siri yang dilancarkan adalah siri MSI Summit, siri MSI Prestige dan juga siri MSI Modern dengan pemprosesan terkini Intel® Core™ Generasi ke-12.

Siri MSI Summit Sesuai Untuk Anda Yang Inginkan Fleksibiliti Berkerja

Keselesaan bekerja amat penting untuk menjamin kualiti produktiviti harian kita. Jika tidak selesa, semuanya akan jadi serba tidak kena. Kalau sesebuah laptop itu mengalami masalah lengah masa, bukankah ia mengganggu produktiviti anda? Nak-nak pula jika anda sedang mengejar masa untuk siapkan sesuatu tugasan, memang ia boleh menjadi punca kemarahan.

Tapi jangan risau. Menurut MSI, siri Summit ini adalah antara siri laptop yang terlaris daripada mereka bagi kategori laptop produktiviti semenjak tahun 2019 lagi. Perkara ini menunjukkan bahawa siri MSI ini mampu menawarkan keselesaan ketika bekerja. MSI Summit E14 Flip Evo adalah antara laptop terbaru yang dilancarkan dengan kemaskini pemprosesan Intel® Core™ generasi ke-12, begitu juga bagi model MSI Summit E16 Flip yang dikuasakan dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX untuk sokongan prestasi yang lebih mantap.

Ia membawakan rekaan yang fleksibel dengan kebolehan untuk melipat peranti sehingga 360 darjah. Buka seperti biasa, ia berfungsi seperti laptop. Lipat sehingga 360 darjah, ia kelihatan seperti tablet. Memang sesuai dibawa ke mesyuarat kerana mudah untuk berkongsi skrin dengan rakan sekerja yang lain.

Dari segi sekuriti peranti pula, laptop siri ini akan mengaburkan skrinnya apabila anda berada jauh daripada laptop yang merupakan hasil kerjasama MSI dengan Tobii yang dipanggil sebagai Tobii Aware. Selain itu, laptop siri ini juga menyertakan kamera web dan juga kunci port, menyokong cip TPM, pengimbas cap jari, kamera web infra merah, dan juga memberi notifikasi jika kamera itu diaktifkan secara tidak sengaja. Anda juga boleh menjejak lokasi laptop ini jika tiba-tiba berlaku kes kecurian dengan hanya mengaktifkan ciri Tile pada peranti ini. Ia merupakan aplikasi percuma yang sudah tersedia dipasang pada laptop ini. Anda boleh aktifkannya dengan mencari nama aplikasi ini, iaitu Tile Windows App.

Siri MSI Prestige Untuk Yang Mementingkan Paparan Berkualiti

Apabila ingin membeli laptop baharu, keupayaan grafik dan paparannya juga adalah antara spesifikasi yang penting untuk diambil kira. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, iaitu saiz skrin, resolusi, jenis skrin dan juga kad grafik. Bagi siri MSI Prestige ini, anda boleh memilih sama ada inginkan model dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX atau model dengan pengiktirafan Intel® Evo™ berdasarkan keperluan produktiviti harian anda.

Paparannya juga berkualiti dimana ia menyertakan teknologi True Pixel yang membolehkan anda untuk mendapatkan kualiti paparan yang lebih jitu. Ditambah pula dengan ciri tambahan lain yang baik seperti sokongan pengimbas wajah dan cap jari, serta kapasiti bateri yang besar dan boleh dicaskan menggunakan pengecasan pantas, tentunya ia akan membantu produktiviti harian anda.

Siri Prestige ini juga kebiasaannya dikenali dengan rekaannya yang estetik. Antara model yang menerima naik taraf pemprosesan Intel® Core™ generasi ke-12 adalah siri MSI Prestige 15 dan siri Prestige 14. Walaupun kedua-duanya membawakan rekaan yang nipis dan ringan, ia masih dibekalkan dengan sistem penyejukan peranti yang baik. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda gunakan dalam tempoh masa yang lama.

Melalui siri ini juga, anda boleh menikmati alunan audio yang lebih beresolusi tinggi. Ini kerana ia dibantu oleh DTS Audio Processing untuk memberikan kualiti audio yang lebih sedap didengar dan tidak pecah walaupun dipasang pada kelantangan yang maksimum.

Pilih Siri MSI Modern Jika Ingin Nampak Bergaya Bila Memakainya

Siri MSI Modern ini telah menaik tarafkan rekaannya kepada rekaan yang serba baharu dan seperti namanya, tampak lebih moden. MSI telah bekerjasama dengan ilustrator Perancis, iaitu Lorraine Sorlet dalam menghasilkan rekaan baharu ini. Memang sesuai jika dibawa ke mesyuarat untuk nampak lebih berkeyakinan dan bergaya.

Siri ini membawakan rekaan dengan nisbah skrin yang luas, mampu melipat skrin sehingga 180 darjah bagi memudahkan anda untuk berbincang ketika mesyuarat, pad sesentuh yang luas untuk proses tatalan yang lebih lancar, dan juga saiz papan kekunci yang penuh bersama beberapa butang pintasan untuk memudahkan proses kawalan peranti.

Melalui rekaan moden sebegini, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan anda untuk berhadapan dengan orang ramai ketika bekerja. Ini sekaligus memberi peluang kepada anda untuk menjadi lebih produktif. Contohnya jika anda seorang ahli perniagaan, mungkin dengan menggunakan siri MSI Modern ini, anda akan nampak lebih berkeyakinan dan seterusnya mempengaruhi hasil jualan anda.

Kesimpulan

Jadi, anda mementingkan produktiviti yang bagaimana? Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika anda mementingkan fleksibiliti penggunaan, boleh memilih mana-mana peranti daripada siri MSI Summit. Jika mementingkan paparan, siri MSI Prestige adalah untuk anda. Manakala, jika anda ingin tampil bergaya dan nampak moden, boleh memilih siri MSI Modern. Untuk mengetahui model apa yang tersedia dengan pemprosesan Intel® Core™ generasi ke-12 bagi siri-siri laptop ini dan spesifikasi-spesifikasi yang ditawarkan, boleh layari pautan dibawah.

Untuk pengetahuan anda juga, pihak MSI sedang menjalankan satu pertandingan MSI Creator Awards 2022 yang memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah bernilai lebih dari $35,000 USD (≈RM147,455) yang terdiri daripada laptop MSI, kad grafik dan sebagainya. Anda cuma perlu menghantar karya seni mengikut kategori-kategori yang tersedia seperti Graphic Design, 3D Creation, dan Film. Pertandingan ini sudahpun bermula dan anda boleh menghantar karya seni anda bermula hari ini sehingga 30 May kelak. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk berkarya dengan MSI dan menang hadiah-hadiah menarik daripada mereka.

Penafian : Advertorial daripada MSI Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd