Partikel Plastik Ditemukan Pula Dalam Darah Manusia

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita buruk untuk umat manusia kerana kini saintis menemukan bukti plastik boleh diserap ke dalam darah. Saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam melakukan kajian ke atas 22 sukarelawan, dan cebisan mikroplastik telah ditemukan dalam sampel darah yang diambil. Ini menandakan kali pertama plastik dikesan dalam darah selepas sebelum ini ditemukan dalam najis dan tisu tubuh.

Jenis plastik yang dikesan adalah Polyethylene terephthalate (PET), polietilena, dan polimer stirena. Penyelidik percaya partikel plastik memasuki tubuh menerusi rongga pernafasan. Kepekatan plastik purata dalam darah ialah sekitar 1.6 mikrograms untuk setiap milimeter ataupun bersamaan satu sudut teh plastik dalam 1000 liter air.

Kesan jangka panjang plastik dalam darah masih belum diketahui kerana tiada kajian dilakukan setakat ini. Penyelidik yang sama akan meneruskan kajian untuk melihat bagaimana partikel plastik kemudiannya berpindah ke tisu dan organ manusia. Pada haiwan akuatik, ia menyebabkan kerencatan perkembangan tubuh, kematian, mengakibatkan kesukaran membiak dan ketoksikan kimia.

komen


© Amanz / 2022 Kami