Cari @ Amanz

Google I/O 2022 akan berlangsung pada 11 Mei 2022 akan datang. Ini adalah acara di mana Google akan mengumumkan kehadiran Android 13, kemaskini aplikasi, perubahan pada Search dan banyak lagi. Acara ini juga kadangkala Google akan melancarkan peranti baharu dan tahun ini, Google dijangka akan memperkenalkan Pixel 6a dengan cip Tensor.

Peniris terkenal Jon Prosser mendedahkan yang, Google akan melancarkan Pixel 6a di acara ini. Akan tetapi, jualan hanya akan bermula pada 28 Julai 2022. Dalam acara yang sama, Google juga dikatakan akan buat pertama kali mengacah kehadiran Pixel Watch dengan pelancaran rasmi akan berlaku semasa pelancaran Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada Oktober akan datang.

Mei juga adalah di mana Google dijangka akan melancarkan Wear OS 3.0 untuk jam-jam tangan pintar yang telah dijanjikan akan menerima kemaskini. Wear OS 3.0 tidak lagi terhad kepada Galaxy Watch4 selepas Google I/O (harapnya).

Apa yang anda harapkan akan berlaku pada acara ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd