Pengguna Tidak Lagi Perlu Format Peranti Jika Keluar Daripada Program Beta Android Peranti Pixel

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel adalah peranti Android yang boleh menguji versi beta Android baharu lebih awal berbanding peranti Android lain. Masalah dengan program beta Android daripada Google ini adalah, apabila pengguna ingin keluar peranti perlu diformat untuk kembali kepada versi stabil.

Ujian Android 13 terbaru adalah QPR3 Beta 1.1, dan bermula dengan versi ini pengguna tidak lagi perlu format peranti jika ingin keluar daripada program beta dan menggunakan versi stabil. Tetapi ciri ini hanya boleh digunakan selepas kitaran beta tamat sebelum program beta seterusnya bermula.

Android QPR3 versi stabil akan diedarkan kepada pengguna Pixel pada bulan Jun akan datang bersama-sama dengan kemaskini Feature Drop baharu. Ketika inilah jika pengguna tidak ingin terus menggunakan versi beta, mereka boleh keluar dan menggunakan versi stabil tanpa format peranti.

Sumber: 9to5Google

komen


© Amanz / 2022 Kami