Samsung Galaxy A 2022 Yang Mana Patut Anda Pra-Tempah ?

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu ini menyaksikan Samsung tampak agresif apabila memperkenalkan siri A terbaharu mereka yang menawarkan prestasi baik pada harga kelas pertengahan. Malah, ia juga membawakan teknologi terkini dari Samsung yang disegani industri. 

Mereka telah memperkenalkan Galaxy A33 5G, Galaxy A53G 5G, dan juga Galaxy A73G 5G. Namun dari ketiga-tiga ini, yang mana anda patut pilih untuk dipra-tempah. Mari kami jawab soalan ini. 

Samsung Galaxy A33 5G –  RM 1,499

Dalam memilih peranti kelas pertengahan, faktor bakal menjadi sebab utama kenapa Galaxy A33 5G dipilih kerana pada harga yang dijual ini, ia turut menampilkan paparan skrim SAMOLED 90Hz, dijana cip Exynos 1280 serta dilengkapi 8GB RAM dan storan 128GB.

Dari segi kekuasaan kameranya iaitu 48+8+2+5MP, ia agak mencukupi lebih-lebih lagi dengan kamera swafoto sebesar 13MP. Malah ia turut mempunyai ketahanan kalis air IP 67, dan fungsi RAM Plus yang menambah bilangan RAM.

Samsung Galaxy A53 5G – Kelas Pertengahan Dengan lebih Storan

Jika anda berasakan perlu lebih banyak storan ataupun keupayaan kamera yang lebih baik. model Galaxy A53 5G ini menawarkan penaiktarafan untuk keduanya. Ia hadir dengan kamera 64 + 12+ 5 + 5 MP yang jauh berprestasi tinggi, lengkap dengan kamera selfie sebesar 32MP.

Tidak cukup dengan itu, ia turut mempunyai kapasiti storan lebih besar, iaitu 256GB serta mempunyai kelajuan skrin yang lebih pantas iaitu SAMOLED 120hz. Kesemua ini hanyalah dijual pada harga RM 1,849. Dan seperti siri A terdahulu, ia turut mempunyai ketahanan kalis air IP 67.

Samsung Galaxy A73 5G – Lengkap Dengan Snapdragon 778G

Jika dua model terdahulu dilengkapi cip Exynos, Samsung turut menawarkan keluarga siri A dengan cip Snapdragon 778 yang mempunyai prestasinya yang tersendiri. Ia mempunyai kelajuan segar semula untuk paparan yang pantas, sepantas 120Hz. 

Namun apa yang mengejutkan adalah sensor pengimejan pada A73 5G jauh lebih besar, iaitu 108 + 12+ 5 + 5MP, siap zum optikal sehingga 3X. Justeru anda pastinya dapat merakam gambar yang cantik dan tepat dengan keadaan asal. Dan sama seperti dua model siri A yang lain, A73 5G juga mempunyai ketahanan kalis air IP 67.


Ketiga-tiga telefon ini telahpun mula dibuka pra-tempahan, pada beberapa pilihan warna. Galaxy A33 5G dan A53 5G ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach dan juga Awesome Blue. Manakala warna bagi Galaxy A73 5G ialah Awesome Gray, Awesome White dan juga Awesome Mint. 

Untuk tempoh terhad, sebarang pembelian Galaxy A33 5G pengguna turut akan menerima jam tangan pintar Galaxy Fit2 yang bernilai RM 179. Bagi anda yang memilih A53 5G da juga A73 5G, anda akan menerima Galaxy Buds Live bernilai RM 549. 

Dan khas buat pembaca Amanz, sekiranya anda menyertakan kod promosi [ AMZVIP ] anda akan menerima pengecas pantas 15W PD yang membolehkan anda mengecas peranti dengan lebih efisien.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami