Seorang Pengguna Dilihat Berbelanja Lebih RM247,000 Pada Jualan 3.15 Di Shopee

Diterbitkan pada Mac 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Shopee telah mengadakan jualan 3.15 bersempena Hari Pengguna, sekaligus memperlihatkan ramai yang berbelanja besar pada platform edagang tersebut.

Melalui data yang dikongsikan pihak Shopee, ia turut memperlihatkan salah seorang pengguna turut berbelanja lebih daripada RM247,000 pada jualan berkenaan dalam membeli peralatan ruah seperti pembersih vakum dan TV pintar.

Selain pembeli, salah seorang penjual produk elektronik tempatan turut mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM3.6 juta dalam nilai barangan kasar pada 15 Mac yang lepas.

Secara keseluruhan, produk dibawah Kelengkapan rumah dan Kediaman; Kesihatan dan Kecantikkan, serta Barangan Runcit dan Produk Haiwan Peliharaan adalah antara kategori yang popular pada jualan 3.15 di Shopee.

Shopee mengatakan lebih 5 kali ganda barangan dibeli dalam masa 2 jam pertama pada 15 Mac, berbanding hari biasa, dan sekitar 36 juta baucar Shopee telah dituntut pada 15 Mac sahaja.

Laporan awal di Nextrift[/info]

komen


© Amanz / 2022 Kami