Carian
Malaysia Tiada Perancangan Untuk Mengiktiraf Kriptowang Sebagai Matawang
March 26, 2022 Aman

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia kini menyatakan Malaysia tiada perancangan untuk mengiktiraf penggunaan kriptowang sebagai medium untuk transaksi.

Kriptowang seperti Bitcoin dilihat tidak sesuai untuk digunakan sebagai medium pembayaran disebabkan oleh sejumlah kekangan – termasuk disebabkan oleh ketidak-tentuan nilainya, disamping keterbukaan kepada serangan siber.

Pihak Bank Negara sendiri sedang melihat kepada sejumlah kaedah digital dalam menyesuaikan penggunaan kewangan pada era digital kini.

Perkongsian terbaru Timbalan Menteri Kewangan ini hadir selepas beberapa laporan mengatakan Malaysia bercadang untuk mengiktiraf penggunaan kriptowang.

Buat masa ini, negara El Salvador telah mengiktiraf penggunaan Bitcoin sebagai medium pembayaran – namun penerimaannya di negara berkenaan sendiri tidak begitu tinggi, dan ramai penjual tidak menyukai dan tidak menggunakannya.

Komen