NASA Kini Mengesahkan Terdapat Lebih 5,000 Planet Di Luar Sistem Solar Kita

Diterbitkan pada Mac 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NASA sering melakukan pemerhatian berkaitan sistem solar kita, disamping melakukan kajian angkasa lanjutan. Melalui perkongsian terbaru, ASA mengesahkan kini terdapat lebiih 5,000 planet di luar sistem solar kita.

Pengesahan ini hadir dengan penambahan sebanyak 65 eksoplanet terbaru – iaitu planet diluar keluarga sistem solar kita.

Daripada lebih 5000 planet yang ditemui, ia dibahagikan kepada beberapa kategori, dan 31% daripadanya adalah planet dengan saiz sekitar Bumi, dan mempunyai ketumpatan seperti Bumi.

Apa pun, jumlah ini boleh dikatakan masih kecil. NASA menyasarkan terdapat berbilion planet di galaksi kita. Dengan perkembangan teknologi dan sains, kita mungkin akan menemui lebih banyak planet baharu dari hari ke hari.

komen


© Amanz / 2022 Kami