Cari @ Amanz

Firma Jepun Membolehkan Anda Merasai Kesan Sakit Sebenar Ketika Berada Di Metamesta

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan populariti metamesta yang hangat diperkatakan, pelbagai teknologi pelengkap untuknya turut dibangunkan. Kini, salah satu syarikat di Jepun membangunkan sebuah gelang tangan yang membolehkan pemakai merasai kesan sakit ketika berada di metamesta.

Teknologi ini dibangunkan oleh H2L di Jepun, jauh sebelum populariti metamesta. H2L menggunakan sebuah gelang tangan yang menggunakan kesan haptik, dan memberikan rangsangan berasaskan elektrik – memberikan pengalaman seumpama pada dunia nyata.

Disamping itu, gelang tangan ini turut boleh digunakan dalam mengalami pengalaman metamesta lain, termasuk seperti merasai kesan berat ketika mengangkat objek dan sebagainya.

H2L menyasarkan pengguna akan dapat merasai pengalaman yang lebih baik di metamesta melalui produk mereka yang memberikan kesan masa-nyata, dan pengalaman lebih baik.

Buat masa ini, H2L hanya menawarkan produk mereka di Jepun. Untuk makluman, pihak Sony sedia melabur pada projek ini, dan tidak mustahil kita melihat ia turut diintegrasikan bersama pada masa akan datang oleh Sony mahupun syarikat lain.


Komen ()