Cari @ Amanz

AEON kini dilihat telah mula mengkaji pemasangan panel solar pada bangunan pasaraya mereka, sekaligus mengurangkan jumlah pelepasan karbon, selain menjadikan operasi lebih mesra alam, dan mengurangkan kos operasi.

Pada hari ini, AEON telah selesai memasang panel solar di AEON Taman Maluri, dan dijangka selesai memasang di AEON Alpha Angle menjelang April 2022 ini.

Kedua-dua pasaraya ini mempunyai jumlah 17,000 meter persegi panel solar, dan akan mampu mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 3,300 tan setahun.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, AEON turut sedang mengkaji pemasangan panel solar pada semua bangunan pasaraya mereka di seluruh negara – dalam tempoh kurang dua tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd