Spotify Menggantung Sepenuhnya Perkhidmatan Di Rusia

Diterbitkan pada Mac 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify hari ini mengumumkan mereka menggantung sepenuhnya perkhidmatan di Rusia. Sebelum ini bagi memenuhi arahan sekatan ekonomi, mereka sekadar menggantung langganan kepada Spotify Premium di Rusia dan membuang kandungan dari media RT serta Sputnik dari platform mereka.

Menurut Spotify undang-udang Rusia yang menghukum sebarang penyebaran berita palsu mengenai pihak tentera menjadi sebab perkhidmatan digantung sepenuhnya. Menerusi undang-undang ini hukuman penjara sehingga 15 tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Konflik di Ukraine telah berlarutan lebih sebulan dan Rusia telah dikenakan pelbagai sekatan ekonomi oleh negara-negara Barat, Singapura, Australia dan New Zealand. Tekaan ekonomi ini menyebabkan bekalan peranti, cip komputer dan banyak lagi dihalang dari Rusia.

komen


© Amanz / 2022 Kami