Carian
Teknologi NVIDIA Instant NeRF Menghasilkan Model 3D Daripada Gambar 2D Dengan Sekelip Mata
March 27, 2022 Effi Saharudin

Untuk menghasilkan model 3D satu ketika dahulu memerlukan kepakaran perisian seperti 3DMax, Maya dan Blender. Maka hanya segelintir individu dapat merealisasikan idea di dalam kepala ke versi 3D. NVIDIA ingin memudahkan penghasilan objek dan dunia 3D dengan hanya menggunakan beberapa dozen gambar 2D.

Teknologi NVIDIA Instant NeRF menggunakan kecerdasan buatan yang kemudiannya memproses gambar-gambar 2D dari pelbagai sudut menjadi objek tiga dimensi dalam masa hanya beberapa saat. Sebelum ini sistem NeRF (Neural Radiance Fields) mengambil masa yang lebih lama untuk menghasilkan objek 3D menggunakan imej 2D.

Dengan Instant NeRF proses menghasilkan peta 3D untuk sistem swapandu atau menghasilkan watak 3D realistik seseorang untuk dunia metamesta dapat dilakukan sekelip mata. NVIDIA menggunakan Instant NeRF untuk melatih kecerdasan buatan untuk sistem swapandu mereka untuk mengenali objek dan saiz mereka di dunia sebenar.

Komen