WhatsApp pada hari ini sekadar membolehkan pengguna menghantar fail bersaiz 100MB melalui aplikasi antara satu sama lain. Menariknya, WhatsApp kini sedang pertimbang untuk mempertingkatkan had penghantaran berkenaan.
Melalui ujian yang dilakukan di kalangan pengguna Argentina, WhatsApp membolehkan pengguna menghantar fail bersaiz sehingga 2GB melalui aplikasi mudah-alih.

Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna menghantar fail bersaiz besar tanpa masalah dan tanpa perlu menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, atau aplikasi permesejan lain. Pesaing terdekat WhatsApp, iaitu Telegram, sedia menawarkan kemudahan penghantaran fail sehingga 2GB sejak 2020 lepas.
Dengan ujian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan penghantaran fail sehingga 2GB ini melalui WhatsApp kepada semua tidak lama lagi.