Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) Akan Dibuka Di Kuantan

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) yang pertama di Malaysia akan dibuka di Kuantan, Pahang selepas acara pecah tanah dilakukan pada 27 Mac lalu. AKSADRON di bawah kendalian Futurise Sdn Bhd akan menjadi hab untuk perlumbaan dan aktiviti dron berprestasi tinggi, selain merupakan zon sukan dron pertama di negara ini dengan menampilkan trek perlumbaan bagi menganjurkan acara sukan tersebut di peringkat antarabangsa. 

Akademi itu juga akan mempelopori program pembangunan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memupuk lebih ramai rakyat Malaysia menyertai industri yang sedang berkembang tersebut.

AKSADRON akan menampilkan trek perlumbaan dron diiktiraf antarabangsa dengan ruang untuk pengawal dron (pilot pit), tempat penonton dan menara kawalan. Ia akan menjadi pusat sehenti cemerlang untuk peminat sukan dan juga pakar teknikal dron dengan kemudahan lengkap termasuk bilik darjah, bengkel, penyelaku penerbangan, ruang kerja dan penginapan.

Tapak untuk pusat seluas kira-kira 3.15 ekar tersebut terletak di Tasik Paya Bungor, Paya Besar, Kuantan dan dikelilingi oleh kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti penerbangan dron berprestasi tinggi. AKSADRON dijangka dibuka kepada umum sebelum akhir tahun 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami