Bliss OS Hadir Dengan Custom ROM Android 12L Untuk PC

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 12L adalah sistem operasi Android daripada Google yang dibangunkan khusus untuk tablet, telefon dengan skrin besar serta peranti dengan skrin boleh-lipat. Sistem operasi ini masih lagi dalam ujian dan akan diedarkan kepada peranti yang layak tidak lama lagi.

Dengan Android 12L ini, banyak perubahan akan berlaku untuk peranti skrin besar dengan kaedah multi-tugasan baharu, aplikasi boleh berjalan dalam bentuk split mode, saiz aplikasi boleh berubah secara adaptif, dan banyak lagi.

Terkini Bliss OS iaitu antara custom ROM yang popular di kalangan komuniti Android telah hadir dengan Bliss OS 15 untuk PC. Ia masih lagi dalam fasa alpha dan apa yang membuatkan Bliss OS 15 untuk komputer ini menarik adalah, ia mempunyai Desktop Launcher untuk memudahkan lagi penggunaan tetikus. Keseluruhan tema custom ROM ini juga adalah berasaskan Android asli untuk memberikan pengalaman penggunaan yang sama dengan Android 12L.

Bagi mereka yang tidak memiliki peranti yang menyokong Android 12L secara rasmi dan ingin mencuba pengalaman penggunaan sistem operasi ini pada komputer masing-masing, Bliss OS 15 adalah percuma untuk dimuat turun.

Sumber: XDA, Bliss OS

komen


© Amanz / 2022 Kami