Honor X9 5G Hadir Dengan Snapdragon 695, Pengecasan Pantas 66W

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 29 Mac 2022. Melaluinya, terdapat beberapa variasi peranti pintar yang bakal diumumkan, ini termasuklah Honor X9. Ia merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip Snapdragon 695. Ia juga mempunyai banyak persamaan dengan sebuah Honor X30 5G yang diumumkan di China terdahulu – baik dari aspek rekaan mahupun spesifikasi.

Untuk lebih khusus, Honor X9 lengkap dengan skrin sebesar 6.81-inci LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU Adreno 619, memori 8GB RAM (tambahan 2GB secara maya) dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Sistem kuad-kamera turut digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Kebolehan kamera ini turut menyokong rakaman video mencapai 1080P dan kebolehan zum digital maksimum sehingga 8X. Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, menjalankan antara muk MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.

Buat masa ini, kesemua spesifikasi ini hanya tersenarai di laman web rasmi sahaja tanpa perkongsian harga jualan. Seperti biasa, segalanya bakal terjawab sewaktu pelancaran rasminya esok. Kami di Amanz akan mengemaskini kelak untuk makluman pembaca.

Sumber : Honor

komen


© Amanz / 2022 Kami