FCC Menamakan Kaspersky Lab, China Telecom Dan China Mobile International Sebagai Risiko Keselamatan Setaraf Dengan Huawei

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2019, kerajaan Amerika Syarikat telah memulakan senarai syarikat-syarikat antarabangsa, khususnya dari China yang dilihat sebagai risiko keselamatan kepada kerajaan dan juga rakyat negara tersebut. Dua syarikat yang paling dikenali didalam senarai tersebut termasuklah Huawei dan juga ZTE.

Terkini, kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan beberapa nama baru dalam senarai tersebut, termasuklah China Telecom Americas, China Mobile International USA dan juga Kaspersky Lab sebagfai risiko keselamatan negara tersebut pada tahap tertinggi.

Apa yang menarik disini ialah penyenaraian Kaspersky Lab sebagai syarikat Rusia pertama, dan bagi syarikat tersebut, ia dilihat sebagai tindak balas terhadap peperangan yang sedang berlaku diantara Rusia dan Ukraine.

Amerika Syarikat

Secara teknikalnya, perisian sekuriti Kaspersky sudahpun dihentikan penggunaannya oleh badan-badan kerajaan Amerika Syarikat sejak tahun 2017, tetapi dengan pengumuman terbaru ini, ia dilihat bahawa mereka dilihat sebagai syarikat yang akan menyebabkan isu sekuriti kepada semua yang menggunakannya di negara tersebut.

Kaspersky Lab turut memberi kenyataan bahawa tindakan terburu-buru oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah disebabkan keadaan geopolitik, dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Kaspersky merupakan tali barut kerajaan Rusia seperti apa yang dikatakan.

Jurucakap kedutaan China juga mengeluarkan kenyataan dengan kata-kata dukacita tentang kemasukan dua syarikat terbaru daripada negara tersebut dalam senarai risiko keselamatan tersebut, dan mengatakan kerajaan tersebut menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengharamkan mana-mana entiti bisnes yang tidak sehaluan dengannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami