Cari @ Amanz

Dengan DuitNow Request Proses Meminta Wang Dipindahkan Menjadi Lebih Mudah

Link Copied!

DuitNow Request telah dilancarkan hari ini dengan ia memudahkan proses meminta wang dipindahkan ke akaun pemohon. Pada waktu ini ciri DuitNow Request hanya disokong oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad dengan beberapa institusi perbankan lain akan mengaktifkannya dalam masa terdekat.

Bagi pemegang akaun Standard Chartered, permohonan untuk wang dipindahkan diakses menerusi pautan DuitNow Request dalam aplikasi. Masukkan maklumat pemegang akaun dalam bentuk nombor telefon, MyKad, pasport atau akaun bank. Nyatakan juga jumlah wang yang ingin dipohon.

Pada peranti pemegang akaun, mereka boleh melihat notifikasi untuk Inward Request dalam aplikasi. Ikuti langkah yang diberikan untuk menghantar wang kepada pemohon.


Komen ()