Cari @ Amanz

Bukan HBO GO, bukan Netflix dan bukan Disney+ memegang rekod sebagai platform penstriman pertama memenangi anugerah Oscar dalam kategori filem terbaik. Pagi tadi Apple TV+ memegang rekod ini selepas filem CODA memenangi anugerah tersebut mengalahkan dua pencalonan Netflix The Power of the Dog dan Don’t Look Up dalam kategori yang sama.

Selain memenangi anugerah filem terbaik Oscar 2022, AppleTV+ juga memenangi kategori pelakon pembantu lelaki terbaik dan lakon layar adaptasi filem terbaik untuk filem yang sama. Netflix hanya boleh berpuas hati dengan kemenangan Jane Campion dalam kategori pengarah filem terbaik untuk filem The Power of the Dog.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd