Cari @ Amanz

Kipas Penyejuk Peranti Pintar Black Shark Kini Ditawarkan Di Switch Dan Urban Republic

Oleh Nazrin

Link Copied!

Black Shark ialah sebuah jenama peranti pintar kelas gaming yang cukup terkenal bukan sahaja untuk perantinya, tetapi juga aksesori-aksesori yang boleh digunakan oleh pelbagai peranti lain.

Terkini, Black Shark Malaysia telah mengumumkan bahawa dua daripada penyejuk peranti paling popular mereka, iaitu Black Shark Fun Cooler 2 Pro dan juga Black Shark Magnetic Cooler kini boleh dibeli di kedai-kedai aksesori peranti Switch dan juga Urban Republic di seluruh Malaysia.

Bagi mereka yang mahukan sebuah aksesori penyejukan yang boleh menyejukkan semua jenis peranti pintar dengan cepat, mudah dan berkuasa, Black Shark Fun Cooler 2 Pro adalah penyejuk untuk anda. Ia hadir dengan gabungan plat penyejuk dan bongkah penyejukan aloi bersama-sama cip penyejuk untuk mengalirkan haba daripada permukaan peranti dengan cepat.

Kipas dengan tujuh bilah juga membantu dalam pengaliran haba yang cekap daripada bongkah penyejuk ke udara sekitar dengan senyap yang memastikan peranti anda sentiasa sejuk. Cip yang terbina juga digunakan untuk membolehkan penyejuk ini digunakan dengan cekap oleh pelbagai jenis peranti dan boleh menunjukkan suhu peranti tersebut.

Black Shark Magnetic Cooler pula boleh dipasangkan pada peranti melalui magnet terbina didalam penyejuk, dan dengan kipas penyejuk yang berpusing pada 7200RPM, boleh menyejukkan peranti dengan cekap.

Kedua-dua penyejuk ini kini ditawarkan di Switch dan Urban Republic pada tanda harga berikut:

  • Black Shark Fun Cooler 2 Pro – RM199
  • Black Shark Magnetic Cooler – RM219

Komen ()