Dyson, jenama pembuat mesin hampagas nirwayar, kipas tanpa bilah dan juga pengering rambut akan hadir dengan satu acara baru pada 30 Mac ini.
Melihat kepada ciapan akaun Twitter syarikat tersebut, acara tersebut nampaknya akan memperlihatkan sesuatu mengenai penutup muka yang dibangunkan mereka sendiri menggunakan kepakaran mereka dalam teknologi aliran udara.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai produk tersebut buat masa ini, tetapi ia dijangka bahawa semuanya akan diperlihatkan di acara tersebut dalam masa beberapa hari sahaja lagi.