Cari @ Amanz

Apakah Yang Menarik Pada Siri Redmi Note 11 Terbaru?

Link Copied!

Februari yang lalu Xiaomi telah melancarkan 4 peranti terbaru dalam siri Redmi mereka iaitu Redmi Note 11, Redmi 11S, 11 Pro dan 11 Pro 5G di Malaysia. Xiaomi memang terkenal dengan penawaran spesifikasi yang sangat baik pada harga yang mampu milik mereka. Malah menurut Xiaomi, peranti-peranti mereka ini sangat laris dan pantas terjual di kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia sebaik sahaja ia dilancarkan.

Untuk meneruskan momentum ini, Xiaomi telah melancarkan 2 lagi variasi baharu dibawah siri Redmi Note 11. Kali ini, Xiaomi dilihat memfokuskan kepada penawaran 5G menerusi model Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G. Terdapat juga model yang ditawarkan khas untuk peminat mereka, iaitu Redmi Note 11 Fan Festival Edition.

Mengapa Xiaomi Memfokuskan Keupayaan 5G Pada Model Kali Ini?

5G

Kita semua umum mengetahui bahawa seluruh dunia sekarang ini dalam fasa untuk mengimplimentasikan teknologi 5G di negara masing-masing, begitu juga dengan Malaysia. Xiaomi ingin memberikan peluang kepada peminat-peminat jenama mereka untuk menggunakan teknologi baru ini melalui peranti terbaru mereka dengan harga yang mampu milik.

Tambahan pula, syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita juga berlumba-lumba untuk melancarkan penawaran pakej dengan sokongan 5G. Jadi, tidak mustahillah jika kelak Redmi Note 11 Pro+ 5G dan juga Redmi Note 11S 5G yang menyokong dwi-SIM 5G ini turut ditawarkan bersama pakej internet 5G oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi.

Apakah Kelainan Yang Ada Pada 2 Model Terbaru Ini?

Redmi Note 11 Pro+ 5G

Bagi model ini, ia dijana dengan cip pemprosesan 6nm daripada MediaTek, iaitu MediaTek Dimensity 920. Ia membawakan rekaan skrin bersaiz 6.67 inci FHD+ AMOLED DotDisplay yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan 360Hz untuk kadar sentuhan. Model ini juga merupakan antara model Redmi pertama yang menyokong pengecasan pantas 120W HyperCharge. Menurut Xiaomi, melalui sokongan pengecasan ini, telefon pintar ini mampu untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 4500mAh dalam masa hanya 15 minit sahaja.

Dari segi sokongan kameranya pula, Redmi Note 11 Pro+ 5G ini membawakan sokongan kamera utama 108MP yang dilengkapkan lagi dengan gabungan lensa 8MP untuk sudut ultra lebar daan 2MP kamera telemakro. Kata Xiaomi, sensor Samsung HM2 pada kamera utamanya itu membolehkan peranti ini untuk mendapatkan rakaman beresolusi tinggi dengan tajam dan jitu walaupun di persekitaran yang malap. Jika hendak bezakannya dengan Redmi Note 11 Pro 5G sebelum ini, perbezaannya adalah dari segi cip pemprosesan, kapasiti bateri dan sokongan pengecasan sahaja.

Redmi Note 11S 5G

Jika anda inginkan telefon pintar pada harga bajet, Redmi Note 11S 5G ini sesuai untuk anda. Ia membawakan rekaan skrin 6.6 inci FHD+ DotDisplay yang menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz. Ia juga menerima janaan cip MediaTek Dimensity 810. Saiz baterinya juga besar, iaitu 5000mAh yang membolehkan anda untuk menggunakannya sepanjang hari tanpa risau kerana ia juga turut ditawarkan dengan pengecasan pantas 33W.

Untuk sokongan kamera, ia hadir dengan sokongan tri-kamera yang menggabungkan lensa 50MP+8MP+2MP, manakala kamera hadapannya pula adalah 13MP. Apa yang membezakannya dengan Redmi Note 11S sebelum ini adalah tentunya dari segi sokongan 5G, cip pemprosesan, saiz skrin yang lebih besar dan juga sokongan kameranya.

Dapatkan Model-Model Ini Melalui Kedai Rasmi Xiaomi, Lazada Dan Shopee

Berita baik bagi anda yang belum memiliki siri Redmi Note 11 ini, Xiaomi bakal menawarkan harga diskaun jika anda membelinya secara atas talian ketika jualan promosinya pada 6 April kelak. Bagi model Redmi Note 11 Pro+ 5G ini, ia dipasarkan pada harga RM1599 untuk variasi 8GB+128GB dan RM1499 untuk variasi 8GB+256GB. Tetapi jika anda membelinya semasa promosi berjalan, anda boleh dapatkan kedua-dua variasi ini dengan potongan harga RM100, justeru membolehkan anda dapatkannya pada harga RM1399 dan juga RM1499 sahaja.

Jika anda mempunyai bajet dibawah RM1000 pula, model Redmi Note 11S 5G boleh didapati pada harga RM999 sahaja untuk model 8GB+128GB. Selain kedua-dua model ini, terdapat satu lagi model khas yang dilancarkan untuk peminat-peminat Xiaomi, iaitu Redmi Note 11(Xiaomi Fan Festival Edition). Untuk model ini, ia ditawarkan pada harga RM749 sahaja iaitu lebih mampu milik daripada yang lain dengan penawaran 4GB+128GB. Tetapi ada juga harga promosi RM50 untuknya, yang membolehkan anda untuk dapatkannya pada harga hanya RM699 sahaja jika membuat pembelian secara atas talian.

Dengan penawaran harga promosi sebegini, lebih mudahlah untuk anda dapat merasai penggunaan peranti dengan sokongan 5G. Oleh itu, jangan tunggu lagi, dapatkan peranti-peranti terbaru dibawah siri Redmi Note 11 ini melalui kedai-kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia dan kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee sekarang sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia


Komen ()