Samsung Smart Monitor M8 Boleh Dipratempah Pada Harga RM3488

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di CES Januari lalu monitor pintar Samsung M8 telah dilancarkan dengan rekaan premium serta sokongan sistem operasi Tizen. Seperti Smart Monitor M7 yang dilancarkan tahun lalu, M8 boleh digunakan sebagai monitor komputer dan juga boleh berfungsi kendiri sebagai televisyen pintar dengan pelbagai aplikasi penstriman disokong.

Samsung Malaysia telah membuka pratempahan untuk M8 hari ini dengan harga jualan RM3488 sebuah. Pelanggan yang melakukan tempahan awal akan menerima hadiah percuma Samsung Keyboard Trio 500, tetikus bluetooth dan Galaxy Buds Live yang kesemuanya bernilai RM947. Tempoh pratempahan ialah hari ini 28 Mac hingga 6 April 2022.

Smart Monitor M8 menampilkan saiz skrin sebesar 32-inci 4K bersama bezel kecerahan puncak pada 400 nits. Ia juga dilengkapi dengan Slimfit Cam bermagnet yang bergerak untuk pengalaman panggilan video yang jelas dan baik. Di samping itu ia turut menyokong sambungan secara USB-C yang membolehkan sambungan pengecasan mencapai 65W.

komen


© Amanz / 2022 Kami