DJI Menafikan Dakwaan Dron Mereka Digunakan Tentera Rusia

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI hari ini menafikan laporan dron mereka telah digunakan oleh tentera Rusia dalam konflik di Ukraine. Tambah DJI lagi dron mereka direka untuk kegunaan awam dan oleh sebab itu tidak sesuai digunakan bagi tujuan ketenteraan.

Tambah DJI lagi mereka menyokong sebarang penggunaan produk yang membahayakan nyawa, hak atau kepentingan orang rama. Mereka turut tidak menyediakan sokongan teknikal apabila penggunaan ketenteraan produk dikenal pasti.

Selain itu media Jerman melaporkan DJI meniriskan maklumat GPS dron yang digunakan oleh Ukraine kepada pihak Rusia. Tuduhan ini turut disangkal. Tidak seperti kebanyakan syarikat barat, DJI masih belum menarik produk dari pasaran kerana mengikuti arahan Beijing .

komen


© Amanz / 2022 Kami