Kelajuan Maksimum Sistem Optoelektronik Berjaya Disukat

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap kali cip baharu dilancarkan kita akan mendengar mengenai kelajuan sistem. Ini memberikan persoalan apakah kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sistem elektronik di dunia? Soalan ini telah berjaya dijawab oleh penyelidik dari TU Wien, TU Graz dan Max Planck Institute of Quantum Optics.

Memandangkan cahaya bergerak paling pantas dan tidak boleh dilepasi, maka kelajuan sistem optoelektronik telah disukat menggunakan sistem laser dan semikonduktor. Dengan memendekkan masa laser memancarkan cahaya dalam sistem ujian dan kemudiannya menggunakan penyelaku dalam komputer, penyelidik mendapati had kelajuan maksimum sistem optoelektronik ialah 1 Petahertz atau bersamaan dengan 1 juta Gigahertz.

Walaupun 1 Petahertz ialah had kelajuan tertinggi, penyelidik berkata had kelajuan sebenar adalah lebih rendah kerana halangan teknologi sedia ada.

Sumber – TU Wien dan New Atlas

komen


© Amanz / 2022 Kami