Carian
Peranti Motorola Akan Menjadi Yang Pertama Dengan Kamera 200MP
March 28, 2022 Effi Saharudin

Tahun lalu Samsung melancarkan sensor ISOCELL HP1 sebesar 200MP. Yang menjadi persoalan ialah peranti apakah yang akan menggunakan sensor ini. Beberapa ura-ura mengatakan ia akan digunakan oleh Xiaomi tetapi kini muncul laporan mereka akan bertukar ke sensor 1/1.1 inci Sony. Misteri peranti pertama 200MP terjawab selepas imej peranti Motorola di bawah tertiris.

Imej tertiris menerusi laman Weibo dan jelas menunjukkan penggunaan sensor ISOCELL HP1 yang dilengkapi sistem OIS. Peranti mungkin adalah Motorola Frontier yang sudah beberapa kali kewujudan serta imej pengolokannya tertiris ke arena web. Walaupun sensor dikeluarkan oleh Samsung, mereka sendiri tidak menggunakannya kerana pada waktu ini sensor yang besar akan melambatkan sistem kamera kerana keperluan pemprosesan serta saiz gambar yang tinggi.

Komen