Cari @ Amanz

Honor X7 Dengan Snapdragon 680 Kini Di Malaysia – Harga Jualan RM699

Link Copied!

Acara pelancaran hari ini turut sama memperlihatkan pengenalaan rasmi untuk Honor X7. Ia merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 680, sekaligus hadir dengan penawaran yang terhad pada sokongan 4G.

Bagi yang berminat, Honor X7 dijual pada harga RM699 dengan beberapa pilihan warna seperti Ocean Blur dan Titanium Silver.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X7 lengkap dengan skrin 6.74-inci LCD yang menyokong resolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU Adreno 610, memori 4GB RAM (tambahan 2GB RAM secara maya) dan storan dalaman 128GB. Bateri adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera yang digunakan terdiri dengan tetapan 48MP (utama) + 5MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Kamera turut menyokong kebolehan rakaman video maksimum 1080P dan zum optikal mencapai 8X. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan menggunakan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.


Komen ()