Selain daripada Honor X9, terdapat sebuah lagi peranti pintar di bawah siri yang sama turut diumumkan. Model yang dimaksudkan adalah Honor X8 yang lengkap dengan cip Snapdragon 680. Ia juga hadir dengan beberapa lagi ciri menarik lain seperti tri-kamera dengan sensor utama 64MP, bateri dengan pengecasan pantas dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, Honor X8 dijual pada harga RM899 dengan beberapa pilihan warna seperti Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X8 lengkap dengan skrin sebesar 6.7-inci LCD dengan resolusi mencapai FHD+. Di samping cip pemprosesan Snapdragon 680, ia turut dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4000mAh dengan pengecasan Honor 22.5W SuperCharge Charger.

Sistem kuad-kamera yang digunakan dengan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, pengimbas cap jari sisi, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya.