Acara pelancaran hari ini memperlihatkan pengenalan untuk Honor X9. Melaluinya, ia menggunakan cip Snapdragon 695, sekaligus bersaing dengan beberapa peranti sedia ada seperti Redmi Note 11 Pro 5G, Oppo Reno7 Z dan lain-lain.
Bagi yang berminat, Honor X9 ditawarkan pada harga bermula RM1099, sementara itu Honor X9 5G pula berharga RM1299. Terdapat beberapa pilihan warna seperti Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. Peranti boleh dibeli menerusi beberapa saluran berbeza termasuklah kedai atas talian rasmi Honor.
Untuk lebih khusus, Honor X9 lengkap dengan skrin sebesar 6.81-inci LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU Adreno 619, memori 8GB RAM (tambahan 2GB secara maya) dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.
Sistem kuad-kamera yang digunakan terdiri dengan gabungan 48MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapanpula sebesar 16MP. Kebolehan kamera ini turut menyokong rakaman video mencapai 1080P dan kebolehan zum digital maksimum sehingga 8X. Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, menjalankan antara muk MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.