Cari @ Amanz

Honor MagicBook 16 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM4299

Link Copied!

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan barisan komputer riba keluaran Honor dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Honor MagicBook 16 telah diperkenalkan dengan sokongan CPU AMD Ryzen 7 5800H bersama padanan grafik AMD Radeon.

Komputer riba ini ditawarkan pada harga RM4,299 dengan satu pilihan warna iaitu Space Gray. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza, termasuklah kedai atas talian rasmi Honor.

Untuk spesifikasi khusus, Honor MagicBook 16 menggunakan paparan sebesar 16.1-inci IPS dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Paparan komputer riba ini turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits, nisbah aspek 16:9 dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 87.3%. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan CPU AMD Ryzen 7 5800H, cip grafik AMD Radeon, memori 16GB RAM (DDR4 3200MHz) dan storan 512GB. Di samping itu, ia juga lengkap dengan bateri 56Wh, sokongan bluetooth 5.1, perisian Windows 11 Home 64bit dan banyak lagi.


Komen ()