Cari @ Amanz

Penggunaan kenderaan swapandu di medan perang sudah menjadi keperluan bagi menggandakan kemampuan tentera dan ianya lebuh sukar dikesan berbanding sistem senjata konvensional. Setiap cabang ketenteraan mempunyai sistem tersendiri. Di Malaysia Institut Penyelidikan Sains & Teknologi & Pertahanan (STRIDE) telah memperlihatkan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) pertama buatan tempatan ketika acara Defence Services Asia (DSA) 2022.

UGV Kawbra yang turut dikenali sebagai UGV 2.0 mengambil nama dari ular tedung dilengkapi empat tayar dengan sistem pacuan elektrik sepenuhnya. Ia adalah hasil kerjasama STRIDE dan Syarikat DreamEdge Sdn. Bhd.

Kenderaan mampu dikawal menggunakan alat kawalan jauh serta dilengkapi pelbagai sensor bagi mengelakkan halangan ketika di lapangan. Sensor yang sama memberikan kemampuan Kawbra untuk mengikut pergerakan unit di hadapan.

Di DSA Kawbra yag dipamerkan turut dilengkapi sebuah mesingan yang turut boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Namun begitu menurut STRIDE ia turut boleh digunakan untuk mengangkat keperluan logistik dan anggota yang cedera di medan perang.

Dari hadapan rekaan Kawbra mirip dengan APC DefTech AV8 Gempita yang digunakan oleh ATM. Pada waktu ini tidak diketahui sama ada Kawbra akan digunakan oleh ATM atau sekadar prototaip. Di Malaysia sistem UAV yang digunakan TLDM misalnya adalah yang dikeluarkan oleh negara luar seperti Insitu ScanEagle.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd