Maybank kini mengumumkan aplikasi MAE akan hanya menyokong sistem operasi Android 9 dan terkini, selain iOS 13 dan terkini bermula April 2022.
Perubahan ini adalah sebahagian usaha untuk memastikan ia terus menawarkan sokongan terkini, disamping pengalaman perbankan yang selamat. Pengguna perlu menggunakan peranti dengan Android 9 dan terkini, atau iOS 13 dan terkini untuk kekal menggunakan aplikasi MAE. Sekiranya anda sedia menggunakan versi sistem operasi terkini, anda tidak akan terjejas dengan perubahan ini, dan boleh kekal menggunakan aplikasi MAE seperti biasa.
Maybank mengatakan MAE tidak akan dapat digunakan pada peranti mudah-alih yang tidak menggunakan versi sistem operasi minima berkenaan selepas April 2022 kelak.