Intel hari ini mengumumkan bahawa cip pemprosesan untuk pengguna paling berkuasa mereka setakat ini, Intel Core i9-12900KS akan dilancarkan ke pasaran global pada 5 April ini.

Cip pemprosesan ini hadir dengan jumlah teras yang sama dengan CPU Intel Core i9-12900K, pada 16 teras fizikal, dengan lapan teras Performance dan lapan teras Efficiency. Tetapi perbezaan paling ketara diantara kedua-dua CPU ini dapat dilihat pada nilai kelajuan Turbo Boost satu teras 5.5GHz dan juga All-Core Boost sepantas 5.2GHz.
Intel akan mengadakan acara pelancaran pada 5 April ini juga, dimana mereka akan menerangkan lebih lanjut mengenai perihal CPU ini, yang mereka katakan adalah CPU gaming paling berkuasa yang dikeluarkan oleh mereka setakat ini.
Dalam pada itu Intel juga mengesahkan bahawa CPU ini akan dijual pada tanda harga $739 (~RM3100) kelak.