Microsoft Perluaskan “PC Game Pass” Ke Malaysia – Akses Lebih 100 Permainan PC, 50sen Untuk Bulan Pertama

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini memperluaskan penawaran PC Game Pass ke pasaran Malaysia, seekaligus membolehkan para pengguna tempatan turut menikmati perkhidmatan langganan bulanan daripada Microsoft berkenaan.

Melaluinya, anda boleh mengakses lebih 100 permainan komputer, termasuk permainan eksklusif Xbox Studio pada harga langganan RM15 sebulan.

Selain akses kepada lebih 100 permainan PC, anda juga akan diberikan diskaun khusus, selain akses kepada permainan eksklusif pada hari pertama pelancaran.

Bersempena dengan pengenalan ini, pengguna boleh melanggannya bulan pertama pada harga RM0.50 sahaja, diikuti RM15 untuk bulan-bulan seterusnya. Anda yang berminat, boleh melanggannya melalui aplikasi Xbox Insider Hub hari ini.

Sumber : Aksiz

komen


© Amanz / 2022 Kami