Mikrofon Rode digunakan oleh golongan profesional bagi merakam audio yang baik dan terang. Selepas bertahun menghasilkan mikrofon profesional, mereka kini melancarkan Rode NTH-100 yang merupakan fon kepala untuk kegunaan profesional.

NTH-100 ialah fon kepala berwayar dengan pemandu audio sebesar 40mm dengan diafragma bahan Mylar. Bahagian pelapik pula diperbuat daripada bahan Alcantara dan gel sejuk yang memastikan fon kepala sentiasa selesa dipakai ketika sesi menyunting media di pejabat.

Menurut Rode bunyi yang dihasilkan fon kepala adalah neutral menjadikannya sesuai untuk kegunaan profesional. Sambungan berwayar menggunakan kabel 2.4mm dan 3.5mm diberikan juga bersama bekas simpanan khas dengan setiap pembelian. Fon kepala Rode NTH-100 dijual pada harga $150 (~RM633) sepasang.