Vivo Y33T disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April hadapan. Ia adalah peranti dengan skrin 6.58″ IPS LCD 90Hz, dijana cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Peranti turut hadir dengan tri-kamera 50+2+2 MP dan kamera swafoto 16MP. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 12 dengan pelancar FuntouchOS 12. Terdapat juga pengimbas cap jari sisi pada butang kuasa dan bicu audio 3.5m. Vivo Malaysia belum mengumumkan harga jualan pada waktu ini.