Dokumen CIA Dedah Percubaan Kesatuan Soviet Untuk Menyelidik Kebolehan Telepati Sibernetik

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai kebolehan sibernetik ataupun telepati sibernetik, secara lazimnya para peminat genre sci-fi akan diingati tentang kaum Borg didalam siri Star Trek, watak-watak dalam siri anime seperti Ghost in The Shell ataupun Yuri daripada permainan peperangan strategi Command & Conquer: Yuri’s Revenge.

Terkini, sejumlah dokumen yang diketengahkan oleh laman web Government Attic telah menunjukkan pada era 1960-an dahulu, selain daripada kerajaan Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet juga ada melakukan pelbagai jenis eksperimen untuk melihat sekiranya kebolehan telepati boleh diterapkan pada mana-mana individu.

Menurut dokumen-dokumen ini, eksperimen yang dilakukan oleh pihak Kesatuan Soviet adalah untuk melihat samada manusia boleh berkomunikasi diantara satu sama lain dan juga mesin-mesin menggunakan telepati.

Pelan awal Kesatuan Soviet mengenai projek ini ialah untuk menentukan asas kebolehan telepati dan sibernetik yang dapat ditubuhkan, dan kemudiannya menggunakan sebarang hasil yang didapati untuk membangunkan sebuah bahasa neural yang boleh dimanfaatkan untuk penggunaan telepati manusia-ke-manusia dan manusia-ke-mesin.

Eksperimen-eksperimen ini dikatakan tidak berjaya, tetapi menurut salah seorang saintis tersebut, D.A. Kerminov, salah satu eksperimen yang dilakukan, dimana isyarat sistem saraf pusat seorang pemain piano telah dirakam dan kemudiannya “disiarkan” semula ke lengan seorang lagi individu yang tidak pernah bermain alat muzik tersebut.

Individu tersebut dilihat boleh memainkan piano tersebut, dan menariknya, sedikit daripada kebolehan tersebut disimpan oleh individu ini, walaupun secara jangka masa panjang, dia tidak boleh mengulangi kebolehan sama apabila isyarat tersebut dipancarkan kepadanya buat kali pertama.

Sayangnya tiada sebarang bukti ataupun laporan tentang eksperimen ini dapat diperlihatkan, tetapi ia dilihat bahawa kebanyakan eksperimen yang dilakukan mengenai kebolehan telepati sibernetik dilihat menemui kegagalan, sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada waktu yang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami