Planet Zuhal Mungkin Akan Kehilangan Gelangnya

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Planet Zuhal sedia dikenali ramai kerana bahagian cecincin atau gelang planetnya – membezakan ia daripada pelbagai planet-planet lain dalam sistem suria.

Apa pun, melalui kajian para saintis, Zuhal dilihat semakin kehilangan “gelangnya” dari tahun ke tahun.

Ia dikatakan gelang tersebut adalah terdiri daripada lapisan bahan seperti batu silika, ketulan air batu, dan pelbagai bahan lain. Namun, disebabkan oleh tarikan graviti planet Zuhal, dan beberapa punca lain seperti meteor, kesan matahari dan sebagainya – bahan-bahan ini ditarik ke planet Zuhal.

Apabila ditarik, bahan-bahan ini mengewap di atmosfera Zuhal, dan hilang.

Proses kehilangan ini berlaku sedikit demi sedikit, dan mengikut saintis, ia diramal akan hilang dalam tempoh sekitar 300 juta tahun lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami