Zuckerberg Meramalkan Pekerjaan Masa Hadapan Akan Mementingkan Kreativiti

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bekerja dengan keras ataupun bekerja dengan lebih pintar? Ini ialah persoalan yang perlu dijawab setiap insan yang mempunyai kerjaya. Kami percaya kepada bekerja keras kerana tidak dilahirkan pintar. Tetapi menurut pandangan CE Meta Mark Zuckerberg, di masa hadapan kerja dengan lebih kreativiti akan menjadi semakin penting.

Mark Zuckerberg

Dalam podsiar Lex Frieman Podcast terkini, Zuckerberg berkata dengan penggunaan kecerdasan buatan di masa hadapan pekerja akan dibebaskan dari melakukan kerja-kerja remeh. Oleh itu majikan memerlukan pekerja yang kreatif untuk melakukan tugas berat secara intelektual bagi membangunkan teknologi baharu seperti metamesta.

Sama ada bersetuju ataupun tidak, yang pasti pekerjaan tradisional akan diambil alih oleh automasi dan kecerdasan buatan. Sekiranya pekerja masa hadapan tidak kreatif mereka sukar membezakan diri mereka dari kecerdasan buatan yang tidak mempunyai kemampuan berfikir seperti manusia.

komen


© Amanz / 2022 Kami