Google Telah Membuang Aplikasi Hangouts Daripada Play Store

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Hangouts adalah aplikasi pemesejan daripada Google yang menyokong pemesejan rentas platform. Pada asalnya ia adalah ciri yang diintegrasikan bersama-sama dengan Google+. Tetapi seperti yang kita semua tahu, hobi Google adalah ‘membunuh’ perkhidmatan mereka selepas ramai pengguna mula sukakannya. Ingat lagi pada Allo?

Terkini Google dilihat sedang berusaha untuk mematikan Google Hangouts pula. Pengguna yang pernah memuat turun aplikasi ini masih boleh mencarinya di Play Store dengan pautan khas. Akan tetapi pengguna baru tidak akan menemui langsung kewujudan aplikasi ini dalam gedung aplikasi Play.

Buat masa ini, pengguna masih boleh menggunakan Hangouts seperti biasa asalkan tidak memilih ciri Move to Google Chat in Gmail dan tutup sahaja jika peringatan ini muncul. Hangouts akan dimatikan kerana Google ingin fokus sepenuhnya kepada Google Chat sebagai aplikasi pemesejan untuk kerja. Hangouts di App Store untuk pengguna iPhone dan iPad juga sudah dibuang kecuali mereka yang pernah memasangnya sebelum ini.

Buat masa ini, Google mendahulukan pengguna perusahaan untuk beralih daripada Hangouts ke Chat. Pengguna biasa masih tidak pasti lagi bilakah peralihan ini akan berlaku. Kelak Google hanya akan ada dua perkhidmatan pemesejan utama, iaitu Google Message dengan fokus terhadap RCS dan Google Chats yang diintegrasi dalam Gmail.

komen


© Amanz / 2022 Kami