Rangka Komputer Kerdil Cooler Master NR200P Max Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM1399

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seorang pembina komputer yang suka akan komputer-komputer desktop dengan rekaan serba kecil, tetapi mengandungi kuasa gaming yang hebat, Cooler Master hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk rangka PC SFF (Small Form Factor) terbaru mereka, Cooler Master NR200P Max.

Rangka NR200P Max ini dilihat tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan model NR200P yang dilancarkan sebelum ini, tetapi dua perbezaan utama yang dapat diperlihatkan ialah ia hadir dengan sebuah penyejuk cecair dengan radiator 280mm untuk bahagian CPU dan juga bekalan kuasa dengan kapasiti 850W yang hadir terbina secara terus didalam rangka komputer ini.

Ini bermakna bahawa dari luar kotak, anda hanya perlu memasang sebuah papan induk dengan CPU, memori dan SSD secara terus dalam rangka komputer ini dengan cepat dan mudah, dimana penyejuk CPU boleh dipasang secara terus dengan cepat dan mudah.

Salah satu isu terbesar untuk mereka yang mahu membina sebuah komputer dengan saiz SFF ialah pelbagai kajian pasaran yang perlu dilakukan untuk komponen-komponen yang boleh dimuatkan dalam rangka kecil tersebut. Dengan penawaran NR200P Max ini, masa yang diluangkan untuk membina boleh dikurangkan, dan anda boleh memanfaatkannya dengan menikmati prestasi hebat komputer ini.

Cooler Master Malaysia mengatakan bahawa rangka komputer CM NR200P Max ini boleh dipra-tempah di pelbagai kedai komputer di seluruh Malaysia pada harga RM1399.

komen


© Amanz / 2022 Kami