Cari @ Amanz

Infinix Mengacah Pengenalan Peranti Baharu Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Infinix merupakan sebuah jenama yang berpangkalan di Hong Kong dan ia juga seringkali hadir dengan penawaran peranti pintar yang berharga mampu milik. Bercakap lebih lanjut mengenainya, mereka kini dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi peranti baharu buat pengguna di Malaysia.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Infinix di laman Facebook rasminya, sebentar tadi. Tiada butiran mengenai nama peranti yang didedahkan, tetapi imej dikongsi jelas menunjukkan ia adalah sebuah Infinix Smart 6. Peranti ini telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar dan ia lengkap dengan spesifikasi kelas permulaan menerusi cip Unisoc SC9863A.

Sekiranya ia merupakan model yang sama, maka peranti kelak hadir dengan skrin 6.6-inci IPS TFT beresolusi HD+, bateri 5000mAh, dwi-kamera dengan sensor utama 8MP, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya. Perkongsian ini bagaimanapun masih di peringkat spekulasi awal semata-mata. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Infinix Malaysia.


Komen ()