Cari @ Amanz

Tiga Pelan Baharu Sony PlayStation Plus Dilancarkan – Menawarkan Akses Katalog Permainan PSP, PS1, PS2, Dan PS3

Link Copied!

Seperti ura-ura yang dikhabarkan sebelum ini, Sony telah melancarkan tiga pelan baharu untuk langganan PlayStation Plus. Menerusi penawaran baharu ini. Sony akhirnya mempunyai langganan yang mampu menandingi apa yang ditawarkan oleh Microsoft Game Pass.

Pada pelan yang paling premium pelanggan dapat mengakses katalog permainan Sony dari PlaySation, PlayStation 2, PlayStation dan PlayStation Portable. Tiga tahap langganan baharu adalah PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra, PlayStation Plus Premium dan PlayStation Plus Deluxe (untuk pasaran tanpa penstriman awanan)

PlayStation Plus Essential – RM 29 sebulan / RM 69 3 bulan / RM 159 setahun

Sama seperti penawaran PlayStation Plus sekarang.

  • 2 permainan percuma bulanan .
  • Diskaun eksklusif.
  • Storan awanan permainan.
  • Akses permainan atas talian.

PlayStation Plus Extra – RM 44 sebulan / RM 144 3 bulan / RM 269 setahun

Sama seperti Essential tetapi ditambah akses ke katalog 400 permainan terbaik PS4 dan PS5. Permainan adalah keluaran PlayStation Studios dan studio pihak ketiga.

PlayStation Plus Premium (Tiada di Malaysia)

  • Akses yang sama seperti Extra dan Essential cuma tambahan 240 permainan lagi
  • Permainan PS3 secara penstriman awanan.
  • Katalog permainan PlayStation, PS2 dan PSP.
  • Akses katalog permainan PlayStation, PS2 dan PSP secara penstriman awanan.

PlayStation Plus Deluxe – RM 50 sebulan / RM 130 3 bulan / RM 309 setahun

Untuk pasaran tanpa penstiman awanan seperti Malaysia yang tidak boleh melanggan PlayStation Plus Premium. Muat turun sebahagian permainan klasik PlayStation, PS2 dan PSP serta akses kepada percubaan beberapa permainan untuk tempoh terhad. Juga akses yang sama seperti yang dinikmati oleh pelanggan PlayStation Plus Extra.


Komen ()