Google Mula Memberi Amaran Aplikasi Vanced Manager Merbahaya

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube Vanced adalah aplikasi haram yang menawarkan ciri YouTube Premium tanpa perlu membayar sebarang langganan. Beberapa minggu lalu, pihak Vanced telah diberi amaran oleh Google dan mereka tidak lagi menawarkan sebarang kemaskini serta pautan muat turun juga telah dibuang.

Dengan YouTube Vanced, ciri tonton video sambil kunci skrin, tiada iklan, sokongan tema gelap atau juga ciri Dislike yang tidak lagi disokong oleh YouTube secara rasmi boleh digunakan. Pemasangan aplikasi ini perlu dilakukan melalui Vanced Manager untuk memasang microG (sistem GMS untuk tipu peranti yang aplikasi ini halal) dan memilih sama ada ingin YouTube Vanced atau YouTube Vanced.

Terkini, beberapa pengguna mula menerima amaran daripada Play Store melalui pengesanan Google Play Protect yang aplikasi Vanced Manager merbahaya dan meletakkan peranti dalam keadaan risiko. Amaran ini mengarahkan pengguna untuk membuang aplikasi Vanced Manager daripada peranti.

Walaupun begitu, disebabkan beberapa kod binaan YouTube Vanced sama dengan aplikasi YouTube sebenar, aplikasi ini masih boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Ia hanya akan bermasalah jika Google mula mengubah kod binaan aplikasi mereka. Vanced juga tidak lagi akan mengemaskini aplikasi mereka, jadi kelak YouTube Vanced dan YouTube Music Vanced turut akan tidak boleh digunakan lagi.

Sebagai alternatif dan ke arah menggunakan aplikasi yang halal, langganlah YouTube Premium. Hanya RM17.90 sebulan, RM10.90 untuk pelajar dan jika ingin jimat kongsi dengan lima orang melalui pelan keluarga RM26.90 sebulan yang akan menjadi hanya sekitar RM4.50 sebulan.

komen


© Amanz / 2022 Kami