Cari @ Amanz

Samsung telang menghentikan penggunaan nama Galaxy Z pada peranti mereka di negara Baltik Latvia, Lithuania, dan Estonia. Langkah ini diambil kerana huruf “Z” kini sinonim dengan tentera Rusia yang menyerang Ukraine lebih sebulan yang lalu. Di tiga negara tersebut, Galaxy Z Fold3 5G misalnya kini dikenali sebagai Galaxy Fold3 5G sahaja.

Huruf Z diletakkan pada kenderaan tentera Rusia bagi memudahkan ia dibezakan dengan kenderaan tentera Ukraine yang menggunakan sistem senjata yang sama. Langkah yang diambil ini adalah agak mengejutkan oleh Samsung tetapi terpaksa dilakukan kerana penggunaan huruf Z lebih mendatangkan impak negatif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd