Carian
Oppo Reno7 4G Dilancarkan Dengan Snapdragon 680
March 30, 2022 Amy Maizuraa

Siri Oppo Reno7 sedia diperkenalkan dengan tumpuan utama yang sama seperti sebelumnya. Ia hadir dengan sokongan kamera yang baik, tetapi kali ini lebih memberi tumpuan terhadap kebolehan tangkapan potrait lebih menarik. Melaluinya, ia turut sama menampilkan sejumlah perkara menarik lain seperti idea tatarias yang premium dan prestasi baik dalam kelasnya.

Setakat ini, kesemua model yang diumumkan adalah lengkap dengan sokongan rangkaian 5G terbina. Namun kini, Oppo hadir dengan sebuah lagi Oppo Reno7 baharu yang hanya terhad dengan sokongan 4G. Melaluinya, ia menggunakan cip pemprosesan 680 dan diumumkan untuk pasaran Indonesia, baru-baru ini. Rekaan fizikalnya juga adalah berbeza dengan model sedia ada. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti Cosmic Black dan Sunset Orange.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Reno7 4G lengkap dengan skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula mencapai 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU Adreno 610, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 45000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W SuperVOOC.

Sistem tri-kamera yang digunakan pula terdiri dengan 64MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Kamera turut sama menyokong kebolehan rakaman video mencapai 1080P/30fps. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dalam paparan, bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, NFC dan banyak lagi. Oppo Reno7 4G dijual di Indonesia pada harga IDR 5,200,000 (~RM1,525).

Sumber : Oppo Indonesia

Komen