Bagi memudahkan urusan pelanggan, PTPTN kini hadir dengan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MyPTPTN. Melaluinya, ia akan mengintegrasikan kesemua kemudahan dalam satu sistem bagi membolehkan akses pelanggan kepada PTPTN kini menjadi lebih mudah. Dalam pada itu, pengenalannya adalah selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 dalam memperkasakan organisasi untuk perkhidmatan pelanggan yang baik.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi myPTPTN adalah pelbagai. Ia merangkumi akses untuk semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN. Dengan inisiatif ini, pelanggan kini boleh mendapatkan perkhidmatan pada pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi telefon pintar sahaja.

Untuk memuat-turun aplikasi, ia boleh didapati secara percuma menerusi kedai gedung aplikasi Google dan Apple AppStore bermula hari ini.